Guru Pembina Negara Bangsa
itulah tema hari guru 2009!!
bak kata utusan malaysia hari ini,
“tema yang dipilih merupakan hadiah kepada guru kerana ia merupakan pengiktirafan yang sehabis tinggi, yang tidak diberi kepada jurutera, saintis, doktor, juruterbang atau professional lain”
ha. ha. ha. ha.
hadiah? apa jenis hadiah tu? langsung takde unsur motivasi!
sorry to say, tapi bagi aku kalu betul nak iktiraf guru2, janganlah bagi hadiah ‘tema’ sahaja… tambah2 la habuan duit banyak2 sikit!
honestly,
kalau aku diberi peluang, aku akan buat proposal kepada pokcik m*uhyidin yassin a.k.a menteri pelajaran malaysia untuk betul2 meng’eksklusif’kan profession perguruan.
aku cadangkan,
1) GAJI permulaan harus tinggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
2) ketatkan syarat kemasukan, buat macam PTD tuh! 2-3 kali saringan. jadi setiap orang yang berjaya jadi guru memang yang betul2 hebat dan penuh jati diri dan betul2 berminat nak menolong anak bangsa. DAN BETUL2 BANGGA DAPAT JADI GURU.
3) senang naik pangkat, naik gaji; setelah melepasi syarat kelayakan. tapi strictkan syarat kelayakan. hanya orang betul2 layak aje boleh naik ke level seterusnya. kena ada KPI yang dipantau secara berterusan.
4) wujudkan bonus2 yang tiada dalam perkhidmatan awam lain. contoh, lepas lima tahun pegang jawatan, dapat sekian-sekian. lepas sepuluh tahun, sekian-sekian. lepas dua puluh tahun, sekian-sekian.
barulah pengiktirafan namanya! barulah eksklusif! barulah vogue!
aku rasa ini amat penting kerana guru HARUS jadi profession no. 1 negara!
(menurut kawan aku di Spore, teachers are amongst the highest paid occupations there!)
ini kerana masa depan anak2 kita amat2 bergantung kepada insan-insan ini. untuk melahirkan pelajar2 yang penuh dedikasi, cermerlang, berhemah, bermotivasi dan berguna kepada orang lain, the teachers NEED to BE one, first!
kalau cikgu2 pun dah takde motivation, camno nak mengajar anak murid dengan penuh semangat?
eh tapi ada pulak suara kata
“dah namanya nak mendidik anak bangsa, kenalah buat kerja secara ikhlas. tak bolehlah asyik fikir nak naik gaji je”
he he he tak payah cakap pasal orang lah, tanya aje diri sendiri. mana lagi semangat nak kerja. bila dapat increment 50 hengget ke, atau bila dapat increment 500 hengget? kalu yang later tu, mau mak melompat sampai ke syiling ko!
di alam pekerjaan,
i still think cash is the best way of recognition. title can mean nothing, sometimes. cakaplah macam nak rak pun, pujilah ke langit sekali pun, kalau tak de ‘isi’, amatlah menghampakan.
lagi satu, yang aku rasa amat penting GURU ini di-eksklusifkan, ialah tanggungjawab sampingan mereka yang maha berat dan leceh dan memualkan. sebab kalau aku kena buat pun aku tak sanggup kot.
contoh, menghadapi kerenah gila murid2 dan kerenah gile ibu bapa. nak-nak zaman sekarang yang amatlah mencabar nih.
(nak share satu rahsia, aku pernah jadi cikgu sementara, untuk SEMINGGU sahaja sebab lepas tu aku quit tak tahan. dalam masa seminggu tu suara aku hilang, kereta kena calar, dan aku kena ngorat ngan budak tingkatan 3)
jadi maka saya dengan rasa penuh rendah diri dan tinggi harapan, mendoakan agar para guru2 yang hebat2 sekarang ni, dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah.
dan kepada pihak berkuasa, silalah belek2 cadangan saya diatas, kalau2 boleh dilaksanakan secepat yang mungkin untuk kemeslahatan negara bangsa kita.
eksklusifkan profession perguruan, dan kita akan dapat guru2 eksklusif yang layak kita serahkan anak2 kita untuk dibentuk dan dibimbing.
we need spirited, energetic and strong young people whose hearts are filled with life, enthusiasm, zeal and dynamism; whose souls are full with ambition, aspiration and vigor and have great goals, rising and aspiring to reach them until they eventually arrive at their destination
tepat sekali Hassan al- Banna!
to ALL teachers,
I SALUTE YOU!!