novel samdol

Soap Opera : Episode 1 (by Ms Lola)
Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).

Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)
Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…

Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)
Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..

Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?

Soap Opera : Episode 4 (by iszan!)
Tiba-tiba..

‘Ding Dong’
Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.

“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.

Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.

“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.

Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.

“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.

Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………

*************************************************

Soap Opera : Episode 5 (oleh KakNon yang mulia!)

“Eh eh?”

Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.

“Sofea Jane?”

Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!

“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.

Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.

“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”

Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?

Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.

Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.

Aku harus berjumpa

EDWARD CULLEN!

 

Sambungan novel samdol ini akan dilengkapkan olehhhhhhh…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

n.i !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(jgn marah haa… mak blur sotong tak tau nak pilih sapa. nasiblah sesapa yang komen kat sini!)

jammed episode 5

entah hapa2 korang ni tau!

ni aku ditag oleh cikfid ulam raja untuk teruskan tag yang dimulakan oleh:-

1) mrsnoba

2) mslola

3) cikyan

4) fid

so far benda2 ber’jem’ yang boleh aku associatekan dengan hidup aku adalah benda2 dibawah ini sahaja:-

 

jem stoberry yang sodapp!!jam-straberry

photocopy machine jem!

copier2

roti bubuh jem!

roti-jem

trapik jem la…. apa lagi??

traffic

biskut jem!jam-cookie

 

lift jem!lift

okeh itu aje episode jem aku kali ni.

episode ke-6, aku persilakan insan malang yang seterusnya:-

.

.

.

.

.

.

 

cik iszan!!!

(jgn hangin beb! aku terpaksa :P )

kekejian dimasa lampau

amaran:

ini entry merapu. jangan baca jika tidak mahu membuang masa anda.

 

aku sebenaunya telah ditag oleh mimielola untuk membuat tag keji ini.

tapi sebenarnya aku tak sure adakah aku menjawab soklan atau tak. apakah jenis kekejian yang dimaksudkan sebenarnya? aku kurang pasti.

walaubagaimanapun untuk tidak menghampakan peminat ramai aku gagahkan juga mengarang satu entry keji seperti ini.

aku benci diri aku pada zaman2 keji yang terlampau itu. kekejian itu dalam banyak segi. salah satunya ialah keji dalam taste memilih musik. dan taste dalam membelai wajah.

aku mencik!

 

1) kekejian pertama adalah ini:-

termalu aku tengok gambau nih!

termalu aku tengok gambau nih!

tommyfromtheheart

 

aku dan kengkawan keji aku amatlah menggilai dan menjiwai pakcik Tommy Page ini! kami akan bawak cover keset kehulu kehilir sambil menyanyi beramai2 dengan penuh perasaang setiap lagu dalam album nih. sampai naik lunyai menatang tu aku selotep macam nak cantum peta. geliiiiiiii….!!!! jiwang karat gile keji aku masa tu. oh tidakkkk! tolong jgn sesapa lagi ingatkan aku tentang perkara ni lagi!!! biarlah ianya terus bersemadi di lubuk jiwa yang paling dalam… ecewahhhhhhh!!

 

2) kekejian seterusnya ialah tentang aku yang hitam legam (serius HITAM LEGAM) okeh pada masa lampau. Pasal aku dipaksa bersukan dan berjemur dibawah perit mentari dengan harapan aku akan jadi manusia berguna dikemudian hari (apekah motif?). wajah aku amat keji diwaktu2 itu sehinggakan semua gambar yang ada aku dah bakar jadik abu. gambar dibawah ini adalah hasil kekejian member aku yang entah dari mana dia dapat tah?

boleh korang teka mana aku yang keji itu??

zaman-kejir1

zaman-tondanr1

gambau masa pregnant

Aku copy paste ayat cikyan ye…
Inilah tag yg dimaksudkan.. terima kasih kepada cikyan yg telah mengetag.. kekeke.. Here goes..

1) Berat sebelum mengandung
58-60kg for all three pregnancies

2) Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
76kg during Akmal Faris’s

86kg during the twins’

82kg during Arina’s

(boleh tak korang imagine betapa khemahnya mak masa tu!!??)

3) Berat selepas abis pantang
Mostly 60-62kg. Cuma sekarang dah banyak over!! Mak tensen okeh!!

 
4) Apa yang korang suke makan mase mengandung?
Mak suka makan. Period.

 
Tunjukkan gambar anda masa pregnant…..at least 5 keping

ish the koser mak tau!!

ada jugakla satu gambar yang paling menyerupai mak dulu..

ini dia..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

vogue tak mak??

vogue tak mak??

 

silalah korang imagine khemah ni bergerak2 kehulu kehilir ye. gitulah mak sokmo masa pregnant!

ADIOS!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.