Ingat tak kisah2 cinta aku?
Memandangkan tema hari ini ialah nostalgik, maka aku terdorong untuk mengupasi lagi saat-saat indah gedik dizaman paleolitik itu.
Ingat tak mamat E yang forbidden?
Ye, aku balik Malaysia dengan otak yang kosong. Dan jiwa yang kosong.
Masa tu aku serious taubat nasuha sekejap (sekejap je!
) dalam bab2 cintan cintun ni. Letih betul rupanya jadik buaya darat. Tak caya korang tanyalah buaya2 yang masih aktif diluar sana tu
Aku sebenaunya frust ya amat tak dapat kapel ngan mamat E. dua tiga hari sampai Malaysia, aku dapat satu email panjaaannnngggggggggggggggg dari dia. Aku ingat lagi ayat-ayat penting dia ‘terasa kosong bila you dah takde’. Makaaaaaaa…….. berjurai2 laaaaa… air mata aku dan dan tu jugak. Bodoh betullah!! Apsal la ngko nak tulis benda2 macam tu bila kau sendirik tau memang takkan ada kesudahannya?
Frust gilerr aku cakap ko!
Tapi dalam maki hamun dia tu, aku still jugakkk layan email2 dia dan CD yang dia bagi kat aku. Lagu kitaorang masa tu (cewahhhh rock kangkang sungguh!) ialah No Matter What – Boyzone. Masa tu setiap kali aku dengar lagu tu memang haru la dibuatnya. Hihihi.. gedik!
At the end, walaupun aku memang suka gile kat mamat E dan bersedia melepaskan semua mamat2 lain didunia ini semata2 untuk bersama dia, tapi aku tetap insan insane yang waras dan masih tahu limit aku. Menangis air mata darah ok, cuma jgn hilang akal sudah
Akhirnya, akur dengan falsafah ‘time will heal all wound’, maka dapat jugak aku lepaskan dia dari hidup aku. Lama la jugak aku dok gila bayang! Ish tak sesuweiiii!! :P Jatuh menjunam kredibiliti aku sebagai pompuan melayu terakhir.
At the same time. Mamat D, yang baik hati itu, masih lagi mengharap2 aku yang bengong nih. Dari selatan tanah air, dia sanggup turun kl. Turun naik bas, naik teksi cari kerja kat KL semata2 nak rapat balik ngan aku. Teman aku pi interview sana sini. Ya allahhhhh… ko baik sangat la bang. Tak sesuai untuk aku yang tak baik ni. Since aku tak tau langsung pasal dia sekarang, dimasa sahaja hang berada mamat D, aku doakan kesejahteraan hang dunia akhirat. Aku rasa, at the end, I succed in making him hating me so much :( Minta maaf. Sesungguhnya aku tak berniat! Aku tahu niatku hanyalah untuk menggunakan kepandaianmu untuk membantuku buat thesis final year! Yea. Aku mengaku aku adalah K.E.J.I.
Mamat A. Sumpah aku tak tau yang actually sampai ke sudah dia tak dapat lupakan aku. I mean, sampai ke sudah! Tak sangka cintak monyetku rupa2nya bukan cintak monyet untuk dia. Since the day we spilt up, actually he had been lingering in the background, without me knowing it. Nasib baik la jugak aku tak perasan kan? kalau tidak, nahas pulak aku dok tergedik balik ngan dia. Kahkahkah! Dasar buaya! Actually after the split up tu dia dok bertukar awek gak. Tu la pasal aku ingat dia carry on with life, macam aku. Yang buat kantoi perasaan dia kat aku tu ialah bila satu malam yang bening, setelah 6 tahun aku putus dengan dia, aku telah dapat satu panggilan telefon. Agaknya dengan pertolongan alam semesta khas untuk add salt to the wound, KEBETULAN pulak dia call tu jatuh pada hari pertunangan aku ngan mamat husband. What’s the odd right?
Yea, maka aku ngan tanpa rasa bersalah dan dengan happynya cakap kat dia yang aku bertunang hari tu. Tiba2 dia macam tersenyap dihujung telefon. “Betul ke? Betul ke ni?” Dok tanya aku ulang2 kali. Apahal ko mamat? Dan bila tiba2 dia macam terleleh2 kat sebelah sana, maka tiba2 aku terasa meremang bulu roma. Duhh!!! Terasa nak tepuk dahi berkali2! Ya Allah! Mamat ni suka kat aku lagi rupa-rupanyaaaaa!!!! Bengong!!
Dan lagi satu insiden, di hari aku nikah pulak.
Biasalah ramai member sleep over kat rumah aku masa tu. Then kawan baik aku, yang jugak kawan baik mamat A nih terbukak la cerita. “Dia tak pernah berhenti suka kat ko. Dia dengan mana2 awekpun, sokmo kata kaulah yang paling dia sayang. Memang sedih gila la bila tau kau nak kawin nih!”
Kahkahkah! Aku surrender la mamat. Dah sah2 cintak sucikmu bukan milikku!
DAN
Yang paling h.a.r.u.
Even lepas dia dah kawin, dan aku dah kawin, boleh lagi dia ajak aku keluar tuuu!!
How sadis is that?
Whataver. Aku jugak doakan ko bahagia mamat!
Kesimpulannya, in the past,
There were decisions that I made, that I was really not proud off. Some, I regretted until now. BUT, the whole experience is definitely interesting
(iaitu pengalaman jadi buaya dan memperkotak-katikkan orang dengan hujung jari jemariku!).
Okeh, back to life!